PERADUAN SAMARINDOK EKAMUS DIALEK MELAYU SARAWAK: 1 SEPTEMBER – 30 SEPTEMBER 2016
PERADUAN SAMARINDOK EKAMUS DIALEK MELAYU SARAWAK: 1 SEPTEMBER – 30 SEPTEMBER 2016
16/09/2016 1:24 AM

DEMI MENYELAMATKAN WARISAN BANGSA MELAYU SARAWAK, AKYBMS akan menganjurkan Peraduan SAMArindok eKamus Dialek Melayu Sarawak (SAKADIMS) bermula pada 1 September 2016 hingga 30 September 2016. Projek ini adalah untuk kandila (Brunei: masa depan) warisan dan jati diri Melayu Sarawak.

AKYBMS SERING MENERIMA cadangan dan pandangan daripada orang ramai agar dialek Melayu Sarawak, bukan sekadar di Kuching sahaja, diselamatakan dan dikamsukan. Sesungguhnya masyarakat Melayu Sarawak yang mendiami semua Bahagian di Sarawak merupakan masyarakat yang kaya dengan pelbagai kebudayaan yang unik dan indah. Alangkah kacaknya, jika Melayu dari semua Bahagian menyertai SAKADIMS yang pertama ini. Insyaa Allah SAKADIMS yang kedua akan menyusul.

SILA BACA SYARAT dan peraturran SAKADIMS dengan teliti supaya usaha kita akan berjalan lancar. Mendaftarlah seperti kita mendaftar Facebook untuk menyertai peraduan ini dengan menggunakan teknologi alam maya. Kemudahan teknologi alam maya tanpa batas masa dan sempadan yang pantas boleh melonjakkan kemajuan warisan bangsa kita apabila ratusan dan ribuan orang Melayu Sarawak menyumbang dengan sukarela dan dengan rasa husnuzan.

APABILA KITA BERJAYA, bolehlah kita beringgo (Saribas: kenduri) untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah SWT.

BAH TIA! PIYOO!

0 0 0
LOADING